JOHOR BAHRU 15 Nov. – Seorang murid yang sebelum ini diketegorikan lembam dan pernah diletakkan dalam kelas khas berjaya keluar daripada belenggu itu setelah memperoleh kejayaan yang membanggakan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.
Murid terbabit, S. Vishnudev, 13, merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kompleks Bandar Baru Uda di sini yang memperoleh keputusan dua A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.
Dia juga berjaya memperoleh satu B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) dan dua C bagi Bahasa Melayu (penulisan) dan Matematik.
Vishnudev yang merupakan anak sulung daripada dua beradik berkata, banyak yang mendorong kejayaan itu terutama guru, rakan sekelas dan ibunya, P. Pinithamary.
‘‘Sebaik dimasukkan ke kelas arus perdana iaitu mulai tahun empat, saya amat gembira kerana dapat bersaing dan belajar bersama kawan-kawan yang normal.
‘‘Rakan-rakan dan guru terutama guru kelas, Zahrollaily Ahmad banyak membantu saya. Tanya sahaja pasal Sains, cikgu akan tunjukkan yang mana saya tak faham,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi doktor.
Sumber: Utusan Malaysia
0 Comments On "Murid lembam dapat 2A"
Catat Ulasan